Ha tengoklah habis bersepah-sepah.hahaha.. |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Dah lama rasanya tak balik rumah Bercham ni. Biasa-biasa busy dengan aktiviti kerja KEMAS, ni baru la dapat peluang untuk bercraft.hoho..
Ha tengok la korang gambar di atas, bila dah start craft ni tahu-tahu je la. Habis berselerak ruang tamu di buatnya.hehe.. Tapi yang bestnya, My Hubby pun turut serta tolong saya siapkan order craft ni. Time tak de order, kami biasa-biasanya akan buat ready made sebagai luangkan masa hobi bersama. Kami berdua ni punya minat & hobi yang sama, so tak jadi masalahlah kan?huhu
Kalau balik rumah mak mentua kat Ipoh, kami akan sama-sama angkut mesin jahit, barang-barang craft dalam kereta. Hatta pergi tabika pun saya akan angkut barang-barang craft saya. Bila time free atau habis kelas budak-budak semua balik, nak tunggukan sampai jam 2 petang tu, apa lagi saya akan bercraft la.hahaha..
Setiap orang masing-masing ada hobi sendiri kan. Kata orang bila kita jalankan aktiviti yang kita minat, atau hobi ni, kita akan tenang & happy je. Tul ke ek? Apa pendapat korang? :)
0 comments:
Post a Comment